Wednesday, 12 October 2011

KENCING MANIS

Memang benar, diabetes tidak boleh disembuhkan. Ia akan seumur hidup. Tetapi, usia penghidapnya juga boleh setara seperti mereka yang tidak menghidap diabetes.
Asalkan dapat menangani penyakit ini dengan baik, maka ia tidak akan menjadi kronik sehingga menggangu kesihatan anda. Terdapat lima panduan yang sesuai diamalkan bagi pesakit mahupun mereka yang tidak menghidap penyakit diabetes ini iaitu :
PENGETAHUAN
Pengetahuan atau ilmu mengenai penyakit boleh didapati di mana-mana media ataupun buku. Pesakit yang menghidap penyakit ini ini seharusnya mengenal pasti segala yang berkaitan dengan penyakit diabetes. Cara ini dapat membantu mereka untuk mengatasi penyakit mereka dengan lebih baik.
POLA PEMAKANAN
Aturan pola pemakanan yang baik adalah satu factor yang sangat penting dan perlu diperhatikan dengan baik, terutama sekali pada pengambilan karbohidrat. Ini kerana, karbohidrat inilah yang akan diubah menjadi glukosa dalam darah dan boleh meningkat jika ia tidak dikawal dengan baik. Kecepatan makanan dalam meningkatkan kadar gula dalam darah disebut respons glikemia. Respons ini dipengaruhi oleh banyak factor, seperti berapa banyak makanan yang anda makan dan kuantiti makanan yang mengalami proses pengolahan. Misalnya, pasta yang dimasak secara al dente (keras) memiliki respons glikemia yang lebih rendah daripada pasta yang dimasak terlalu lama.
Respons glikemia ini juga disebut indeks glikemia (GI). Makanan yang cepat dapat meningkatkan kadar glukosa darah dikatakan memiliki GI yang tinggi, sebaliknya jika ia mempunyai reaksi yang lambat dikatakan GI rendah. Secara umum, semakin rendah nilia GI sesebuah makanan,semakin baik kualiti karbohidrat makanan tersebut, Tentu sahaja, pesakit-pesakit diabetes akan disarankan untuk mengambil makanan yang sebegini. Biasanya, makanan seprti itu rendah kalori dan lemak, serta tinggi serat, gizi dan antioksida.
OLAHRAGA
Pola pemakanan telah diatur, jangan lupa dengan aktiviti fizikal. Ini merupakan panduan ketiga untuk menangani penyakit diabetes. Olahraga diyakini dapat membantu menurunkan berta badan dan membantu melancarkan lagi perjalanan darah. Selain itu, olahraga dapat memperbaiki penyempitan pembuluh darah dan jika ia tidak ditangani dengan baik, ia akan memudaratkan lagi penyakit diabetes yang sedia ada.
PENGUBATAN
Pengaturan pola makan dan rutin olahraga memang merupakan aspek penting dalam pengendalian penyakit ini. Jika ia belum berhasil untuk mengendalikan kadar glukosa darah, pesakit perlu diberi ubat oral, atau jika masih belum berhasil lagi, pesakit perlu mendapatkan suntikan insulin. Biasanya, ia adalah untuk pesakit diabetes jenis 2 sahaja kerana pesakit diabetes jenis 1 akan memerlukan suntikan insulin seumur hidupnya. Namun, tentu sahaja setiap pengubatan perlu seiring dengan perubahan gaya hidup sihat.
SELF-MONITORING
Jika ketiga-tiga panduan ini diikuti dengan baik, semestinya ia dapat membantu mengendalikan diabetes anda. Walaupun begitu, sudah tentunya para doktor tidak dapat memerhatikan tahap kesihatan anda sepanjang 24 jam. Ketika inilah anda memerlukan panduan kelima iaitu self-monitoring. Untuk keperluan itu, doktor akan mengajar anda cara mengukur sendiri kadar gula yang diperlukan oleh tubuh badan. Begitu juga dengan cara untuk membuat suntikan insulin sendiri.
Hasil daripada pemerhatian sendiri ini, seharusnya dipantau dan dibincangkan bersama doktor. Apa kelebihannya membuat pemerhatian sendiri ini? Sebenarnya, ia adalah untuk kebaikan diri anda sendiri. Ia dapat membantu anda mamahami diri sendiri dan penyakit yang sedang anda hidapi. Bukan itu sahaja, ia juga berkait rapat dengan bagaimana anda dapat mengawal dan seterusnya menurunkan kadar gula darah anda.
Jika kadar gula darah turun, risiko berlaku komplikasi pada anda juga akan berkurang. Seterusnya, kualiti hidup anda menjadi lebih baik dan insyaallah, umur anda juga akan panjang.
Namun, anda yang sudah sedia sihat ini, pastikan anda menjaga pola pemakanan agar hidup anda benar-benar sihat. Pola makan yang sihat, olahraga teratur, berat badan normal dan gaya hidup sihat merupakan syarat hidup mutlak untuk mendapatkan hidup yang betul-betuul sihat dan manis, bukan semata-mata kerana gula.

No comments:

Post a Comment